you know my name,not my story..you've heard what i've done,not what i've been through!!!!

Friday 4 May 2012

TIPS AMALAN PEMAKANAN YG SIHAT

baiklah..hari ini saya akan bercerita mengenai amalan pemakan yang sihat..tau x nape saya memilih tajuk ini untuk berkongsi dengan rakan2?..well~~kita pun tau,yang pelajar universiti selalu sibuk dengan tugasan,keje tutorial lagi..kadang2 bila mereka terlalu sibuk dan penat buat keje so mereka mula tidak amik kisah mengenai pemakanan mereka..ada 2 yang xmakan langsung..makan biskut aje..ada 2 makan megi..ni memang makanan yang popular di kalangan universiti..saya pun tergolong sekali..hehehe~~tapi sebenarnyer makan megi ni xelok..sebab 2 saya pilih tajuk ini yang berkaitan dengan hidup kita..=)

Makanan seimbang atau gizi seimbang ialah satu tabiat pemakanan yang merangkumi semua jenis kelas makanan dari sumber-sumber seperti bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ikan, kekacang, minyak, dan sebagainya. Seimbang di sini bukanlah bermaksud seseorang perlu makan kuantiti setiap kelas makanan dengan sama banyak. Mengikut piramid makanan, seseorang itu perlu mengambil setiap jenis kelas makanan mengikut kuantiti yang ditetapkan. Piramid makanan itu haruslah dipatuhi untuk mengekalkan kesihatan yang optimum.

Mungkin kaedah di bawah ini dapat membantu anda menjaga kesihatan tubuh badan agar kelihatan sihat dan ceria.

1) Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.

2) Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya “Bismillah” dan menyudahinya dengan “Alhamdulillah”.

3) Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.

4) Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.

5) Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.

6) Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.

7) Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.

8) Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.

9) Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.

10) Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi

11) Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.

12) Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.

.



No comments:

Post a Comment