you know my name,not my story..you've heard what i've done,not what i've been through!!!!

Wednesday 16 May 2012

RAM & ROM

RAM
Persamaan antara RAM dan ROM adalah kedua-duanya merupakan sejenis memori komputer..RAM adalah singkatan untuk Random Access Memory dan ROM adalah singkatan untuk Read Only Memory.RAM, simpanan data di dalamnya bersifat sementara manakala ROM pula simpanan data dalamnya adalah bersifat kekal.

Sebagai contoh, RAM akan digunakan untuk menyimpan segala maklumat atau data yang sedang dilarikan dalam komputer seperti membuka pelayar web untuk melayari Internet, membuka fail, bermain komputer dan sebagainya.

Sekiranya berlaku gangguan elektrik, komputer akan terpadam. Apabila komputer ini dibuka semula, segala maklumat atau data yang dibuka sebelum ini akan terpadam sekiranya ia tidak disimpan dalam cakera keras. Ini kerana ia disimpan secara sementara di dalam RAM.

ROM
Manakala ROM pula, biasanya ia digunakan untuk menyimpan maklumat atau data berkenaan dengan spesifikasi dan konfigurasi komputer seperti maklumat berkenaan dengan perkakasan dan sistem komputer seperti yang terdapat dalam BIOS (Basic Input Output System) dan sebagainya.

Apabila dibuka, data dan maklumatnya tetap sama kerana ia disimpan secara kekal dalam ROM.

No comments:

Post a Comment