RAM
Persamaan antara RAM dan ROM adalah kedua-duanya merupakan
sejenis memori komputer..RAM adalah singkatan untuk Random Access Memory dan ROM
adalah singkatan untuk Read Only Memory.RAM, simpanan data di dalamnya bersifat sementara manakala
ROM pula simpanan data dalamnya adalah bersifat kekal.
Sebagai contoh, RAM akan digunakan untuk menyimpan segala
maklumat atau data yang sedang dilarikan dalam komputer seperti membuka pelayar
web untuk melayari Internet, membuka fail, bermain komputer dan sebagainya.
Sekiranya berlaku gangguan elektrik, komputer akan terpadam.
Apabila komputer ini dibuka semula, segala maklumat atau data yang dibuka
sebelum ini akan terpadam sekiranya ia tidak disimpan dalam cakera keras. Ini
kerana ia disimpan secara sementara di dalam RAM.
ROM
Manakala ROM pula, biasanya ia digunakan untuk menyimpan
maklumat atau data berkenaan dengan spesifikasi dan konfigurasi komputer
seperti maklumat berkenaan dengan perkakasan dan sistem komputer seperti yang
terdapat dalam BIOS (Basic Input Output System) dan sebagainya.
Apabila dibuka, data dan maklumatnya tetap sama kerana ia
disimpan secara kekal dalam ROM.
No comments:
Post a Comment