Harga Sebentuk Cincin
Di kedai emas, ada seorang perempuan
terkentut ketika menonggeng melihat cincin. Dia tersipu-sipu malu dan melihat
sekeliling dan perasan ada promoter dekat belakangnya...
Promoter tu tanya la "Boleh
saya bantu?"
Perempuan tu anggap promoter itu tak
dengar la yang dia kentut jadi dia jawab "Berapa harga cincin ini?".
Promoter tu jawab, "Kalau
tengok pun Puan boleh terkentut, saya pasti Puan akan terberak bila tau
harganya".
Harta karun Pak Pandir
Setelah berbulan lamanya mencari
harta karun di belakang rumahnya, akhirnya Pak Pandir berjaya menemukan
jongkong emas seberat 15 kilogram yang tertanam di bawah jamban rumah jirannya.
Dengan penuh perasaan gembira Pak Pandir membawa pulang emas tersebut.
Sampai di rumah, tiba-tiba Pak Pandir merasa
bimbang kalau-kalau sahabat baiknya Luncai mengetahui tentang harta yang
dijumpainya, pasti Luncai akan mengambil emas itu. Hasil buah fikiran itiknya,
Pak Pandir mendapat idea untuk menanam emas itu di taman permainan kanak-kanak
di pekan berhampiran tempat tinggalnya.
Pak Pandir menggali lubang yang
besar untuk memasukkan harta karunnya itu. Setelah selesai menimbus harta
karunnya, bimbang hartanya diketahui orang, dia pun meletakkan papan tanda
bertulis "Di sini tiada harta karun Pak Pandir". Lega hatinya, Pak
Pandir pun pulang dengan perasaan gembira.
Malam itu sedang Luncai di dalam
perjalanan untuk mencuri duit di masjid berhampiran, dia ternampak papan tanda
Pak Pandir. Apa lagi, dia pun terus mengorek tanah dan mendapatkan emas yang
tersimpan di situ. Bimbang perbuatannya diketahui Pak Pandir, untuk 'cover
line', luncai menimbus semula lubang tersebut dan meletakkan satu lagi papan
tanda bertulis
"BUKAN LUNCAI YANG
AMBIK!".
Nak Cerita Pun Malas
Pada masa dahulu, ada sebuah kampung
di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu
hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa
perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang
paling malas.”
Raja pun bertanya, “Apa tahap malas
tuan hamba?”
Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau
patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi
lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”
Tuanku pun bertanya kepadanya,
“Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”
Maka jawabnya, “Kalau patik
makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”
Maka raja pun terdiam seketika.
Tanpa disangka-sangka datang seorang
budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”
Raja pun bertanya, “Bagaimana pula
tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.
No comments:
Post a Comment